Friday, February 10, 2012

La..Ye Ke?

Simply copying & pasting what I got from my family's Yahoogroup-mail, dgn niat utk berkongsi ilmu di penghulu segala hari ni.  Terkesima (ceylamak..heh! =p) saya setelah membacanya..

Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.

 1. HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI ATAU HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI

Tahukah anda tiada Pagar Makan Padi tetapi Pegar yang makan Padi, kesalahan yang didapati dari perkataan rumi diambil daripada jawi. Kesalahan kita sendiri.  Tidak masuk akal jika pagar yang memakan padi, betul tak?  Di Malaysia rupanya kita panggil ayam pegar, dekat Indonesia pulak dipanggil burung pegar. Tapi ayam ke, burung ke, kedua-duanya bertepatanlah dengan peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. OK, patutlah. Selama ni ingatkan pagar. Sebab tulah rasa pelik, kenapa pagar makan padi? Lagipun zaman dulu mana ada orang pagar sawah padi.  Rupanya orang maksudkan pegar. Pegar ni digunakan macam burung hantu lah agaknya. Kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak; dia sendiri jadi binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi'..

Hi!  Nama saya Pegar! kuikuikui..
2. MELEPASKAN BATUK DI TANGGA ATAU MELEPASKAN BATOK DI TANGGA

Adalah tidak masuk akal jika Batuk iaitu ‘cough’ dilepaskan di tangga. Apa signifikasinya kan? Jadi sebenarnya adalah Batok.  Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.

Hi!  Nama saya Batok! kuikuikui..
LAA...YE KE?!  Barulah saya tau..ke korang yg lain tau lama dah? hehe..  Tapi maknanya kat sekolah pun cikgu ajar benda yg salah lah, kan?  Oooppss..! haha!

~ Selamat Hari Jumaat ;) ~

2 comments:

  1. haha..thanx for the info..seriously, memang tak tau pn selame ni..mmg duk terbayang org batuk2 kat tangga bila dengar peribahasa kedua tu..*how come i've never questioned that??

    ReplyDelete
  2. Maybe sbb kita punya education system mengajar kita utk terima apa shja yg cikgu kita ajar dgn kurang cognitive argument / research..hehe..

    ReplyDelete